Assalamualaikum
w.b.t
Rasanya belum terlambat lagi untuk start blogging nie kan ?
Nie first entry saye. Tak tahulah macam mane boleh ade rase minat untuk
blogging nie. Motif utama adalah untuk share ape-ape saje tentang isu semasa,
trend terkini, gosip artis dan macam-macam lagi lah. So, sebagai orang baru
dalam dunie nie, diharap dapat diberi tunjuk ajar dan support dari korg
semua..
Okay! tak payah nak panjang-panjang
sgt. Kita straight to the content (senang cakap isi-isi penting). Dalam first
entry saye nie, saye nak share pasal trend sekarang. Korang pernah dengar tak
"wrap" kereta? Dalam bahasa melayu die "balut" kereta
lahh. Pasti ada di antara korang pernah
terlihat Nissan GTR berwarna hitam mati (matte black) ala Bat Mobil milik Batman,
ataupun Range Rover mewah berwarna hijau askar di atas jalan di Malaysia, lalu
berkata “Cantik gak kalau cat macam ni”. Sorry bro, kereta-kereta tersebut tidak
dicat, tetapi sebenarnya di ”wrap” dengan vinyl.
Wrapping kereta mungkin sudah lama dilakukan di luar negara, tetapi makin mendapat perhatian para peminat kereta, baik pemilik kereta mewah seperi Lamborghini mahupun kereta nasional di Malaysia. Disebabkan terma ini makin biasa kedengaran, ramai tertanya-tanya mengapa wrap kereta, dan tidak dicat sahaja? Bagi kereta mewah di luar negara, proses mengecat akan menelan belanja dari harga sekitar $1000 sehingga $10000, bergantung kepada kualiti dan pilihan warna. Pada masa yang sama, wrapping kereta hanya menelan belanja sebanyak $500 sehingga $3000, bergantung kepada pembalut vinyl. Berserta dengan perbezaan harga yang ketara ini, banyak kelebihan lain yang tidak mampu diperolehi dengan mengecat. Cat murah mungkin akan kelihatan cantik pada awalnya, tetapi dalam jangka masa beberapa lama, kereta yang dicat dengan cat murah akan makin kelihatan hodoh, dan perlu dicat semula. Dibawah ini saye senaraikan antara sebab-sebab mengapa wrapping kereta dikatakan lebih bagus daripada mengecat kereta.
Belanja : Seperti yang dikatakan di atas, harga
antara keduanya jauh berbeza, sendiri mau ingatlah. Dengan memasang vinyl
berkualti tinggi, pemilik kereta tidak perlu fikir warna kereta pudar selama
4-7 tahun! Lagi jimat kalau korang pandai balut atau “wrap” kereta korang
sendiri. Yang penting kene lah belajar dengan yang pakar dulu sebelum buat
sendiri.
Resale Value : Kereta yang dipasang vinyl
akan dapat mengekalkan cat asal syarikat pembuat kereta. Yelah, bukan semua
orang mempunyai warna kesukaan yang sama. Dengan kelebihan boleh mengekalkan
warna asal, pemilik kereta mempunyai pilihan untuk menjual keretanya dengan
warna asal ataupun dengan vinyl. Vinyl boleh ditanggalkan dengan mudah,
bila-bila masa. Cat asal yang dijaga semestinya memberi impak kepada harga
jualan semula.
Pemilihan warna tanpa had:Pemilik
kereta boleh menukar warna kereta beberapa tahun sekali, tanpa had warna.
Terdapat banyak vinyl ditawarkan di pasaran, baik glossy berkilat mahupun warna
mati matte. Ada juga di antara mereka yang menawarkan perkhidmatan vinyl
customization (seperti van & lori syarikat), di mana vinyl boleh dibuat
mengikut rekaan pemilik kereta.Oh ya, tidak lupa juga terdapat vinyl bercorak
carbon-fibre untuk tampak lebih laju dan ringan.
Jangka masa pemasangan : Seperti yang ramai sedia maklum,
mengecat kereta memakan masa yang lama jika dibuat dengan teliti. Lagi lah pula
kereta mewah. Dikatakan ada sesetengah syarikat mengecat yang mengambil masa 2
minggu untuk menyiapkan sebuat kereta mewah. Menurut syarikat wrapping kereta
tempatan pula, proses wrapping hanya memakan masa 2 hari. Takkan 2 minggu naik
bas bro?
Perlindungan : Setiap
inci berbalut vinyl di kereta akan melindungi kereta daripada bencana alam dan
cuaca panas terik Malaysia. Ini akan memberikan cat kereta tersebut jangka
hayat yang lebih panjang, tanpa diganggu oleh panas terik matahari yang tiada
sudahnya. Vinyl yang digunakan diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu
bertindak sebagai pelindung kereta daripada calar akibat terkena batu-batu
kecil melayang.
Penjagaan : Penjagaan
memang mudah. Tidak perlu di ”wax” tiap kali mahu balik raya. Pemilik kereta
yang di “wrap” hanya perlu mengelap kereta dan dibasuh dengan sedikit sabun dan
air. Ada juga mereka yang menggunakan kain microfiber dan alkohol untuk
menghilangkan kekotoran degil. Mudah, cepat, dan menjimatkan. Bayangkan, 7
tahun tak perlu wax tu!
Ketahanan : Seperti
yang dinyatakan di atas, vinyl berkualiti tinggi tahan 5-7 tahun. Antara
syarikat pembuat vinyl berkualiti tinggi ialah 3M, Oracal, Avery Dennison dan
Mactac. Dengan menyimpan kereta di dalam garage atau pun tempat teduh, vinyl
akan bertahan lebih lama daripada yang dijangka. Selepas 5-8 tahun, vinyl boleh
ditanggalkan tanpa merosakkan cat asal kereta. Jangan risau, vinyl akan tahan
sekurang-kurangnya 5 tahun.
Bagi mereka yang berminat, korang boleh sahaja google
“car wrapping malaysia”. Dikatakan harga biasa dalam RM3000, bergantung kepada
kerumitan kerja pemasangan, dan jumlah keluasan yang ingin dipasang.
Tapi korang kene tau jugak, bila dah "wrap" kereta korang dengan warna yang korang suke, jangan lupe pergi puspakom dan JPJ untuk daftar balik warna kereta korang dekat dalam geran. Leceh sikiiiit laa .. Wassalam..
p/s : Kalau lah aku kaya, Hari-hari aku "wrap" kereta .. Dengan kereta-kereta korang sekali aku "wrap".
No comments:
Post a Comment